Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Lion Parcel, penyedia perkhidmatan logistik terkemuka yang
berpangkalan di Indonesia, secara rasmi membuka pejabat antarabangsa pertamanya di Subang Jaya, Malaysia. Ini merupakan langkah pertama Lion Parcel memasuki pasaran antarabangsa serta memperkukuh hubungan logistik antara Malaysia, Indonesia dan pasaran antarabangsa lain.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Syarikat logistik dari Indonesia Lion Passer secara rasmi membuka pejabat antarabangsa pertamanya di Subang Jaya, Selangor.
00:07Langkah itu bukan sahaja menandakan kemasukan sulung syarikat berkenaan ke pasaran luar negara,
00:12malah memperkukuh hubungan logistik rentas sempadan antara Malaysia, Indonesia dan pasaran antarabangsa.
00:20Malaysia dipilih sebagai destinasi pertama pengembangan antarabangsa Lion Passer kerana kedudukannya yang strategik sebagai hub logistik serantau.
00:30Lion Passer berhasrat memperluaskan akses penghantaran rentas sempadan bagi membantu perniagaan dan komuniti mengembangkan pasaran mereka di peringkat antarabangsa.
00:39Syarikat itu turut mengamalkan pendekatan kolaboratif dengan membuka ruang kerjasama bersama pemain industri, logistik, tempatan
00:47bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan merancatkan pertumbuhan sektor tersebut.
00:52Ketika ini, Lion Passer menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan perniagaan dan runcit
00:57menerusi rangkaian penerbangan Lion Group dengan liputan penghantaran antarabangsa ke pelbagai destinasi.
01:04Pembukaan pejabat di Malaysia dijangka menjadi asas kepada pengembangan rangkaian antarabangsa syarikat itu pada masa depan.

Recommended