Skip to playerSkip to main content
  • 18 minutes ago
Farm Fresh Bhd membuat keputusan menembusi pasaran antarabangsa bukan hanya berpandukan saiz populasi dan data pasaran, sebaliknya mengambil kira keadaan sebenar industri di sesebuah negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saiz populasi dan data pasaran bukan satu-satunya penentu dalam memilih destinasi untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara.
00:09Sebaliknya, pemahaman terhadap keadaan sebenar industri dan kuasa beli pengguna menjadi antara faktor utama Farmfresh dalam menembusi pasaran antarabangsa.
00:19Bagi Farmfresh, keputusan menembusi pasaran Kemboja dibuat selepas melihat satu peluang yang lebih besar daripada sekadar jumlah penduduknya.
00:29Dengan kira-kira 18 juta penduduk, negara itu tidak mempunyai industri tenusu dan ladang susu berskala besar menyebabkan kebanyakan produk
00:37tenusu bergantung kepada import.
00:40Strategi itu dimulakan secara berperingkat dengan Farmfresh terlebih dahulu menguji penerimaan pasaran menerusi ekspor sebelum meningkatkan pelaburan dalam operasi tempatan.
00:50Hasilnya, ekspor susu dan krim Malaysia ke Kemboja melonjak daripada hanya RM500,000 bagi tempoh Januari hingga Jun tahun lalu
00:58kepada RM35.1 juta bagi tempoh sama tahun ini.
01:02Peningkatan kira-kira 70 kali ganda itu untuk menyaksikan bahagian Kemboja dalam ekspor kategori berkenaan meningkat daripada 1.5%
01:11kepada 48.4%.
01:14Farmfresh juga muncul sebagai jenama susu pilihan utama pengguna di negara itu dengan penguasaan pasaran dianggarkan sekitar 60%.
01:23Terima kasih telah menonton!

Recommended