00:00Speaker Parlimen Iran, Mohd Bagai Khalibaf memberi amaran bahawa tiada negara di rantau teluk akan dapat menjual minyak sekiranya Iran
00:08terus dihalang daripada mengekspor komoditi tersebut.
00:11Menurutnya, Iran tetap akan mempertahankan kepentingannya dan keselamatan serantau tidak boleh dijamin sekiranya Teheran terus berdepan sekatan terhadap industri minyaknya.
00:24Tambah beliau, Amerika Syarikat dan negara-negara lain perlu menyedari bahawa dalam keadaan Iran tidak dapat menjual minyak, negara-negara
00:30lain di rantau itu juga akan berdepan risiko yang sama.
00:33Beliau berkata keselamatan infrastruktur tenaga di rantau teluk turut boleh terjejas sekiranya kepentingan Iran tidak diberi perhatian.
00:40Kenyataan itu dibuat ketika Iran terus berdepan sekatan ekonomi dan minyak yang dikenakan Washington.
00:44Dalam masa sama, Baga turut mengulangi pendirian Teheran berhubung pembukaan semula selat hormus yang masih bergantung kepada pemenuhan syarat-syarat
00:53yang dikemukakan Iran.
00:55Beliau turut berdegaskan bahawa Iran tidak akan tunduk kepada tekanan atau sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Comments