Skip to playerSkip to main content
Perjalanan dari London ke Istanbul bertukar mencemaskan buat tiga pegawai media apabila seorang lelaki membuat kacau dalam penerbangan AJet sebelum ditahan polis sebaik pesawat mendarat pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

Pengarah Bahagian Media Sosial dan Media Baharu, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Taufik Abdul Jalil berkata, kejadian berlaku kira-kira sejam selepas penerbangan VF1990 berlepas dari London Stansted pada jam 4 petang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798597/berita/semasa/tiga-jam-cemas-dalam-kapal-lelaki-buat-kacau-jerit-free-israel-terpaksa-diikat

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #videotular #keskacauganggu #kacauganggudalampesawat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perjalanan dari London ke Istanbul bertukar mencemaskan buat tiga pegawai media apabila seorang lelaki membuat kacau dalam penerbangan A-Jet
00:10sebelum ditahan polis sebaik pesawat mendarat pada Khamis.
00:14Pengarah Bahagian Media Sosial dan Media Baharu, Jabatan Komunikasi Komuniti JCOM, Muhammad Taufik Abdul Jalil berkata kejadian berlaku kira-kira
00:24sejam selepas penerbangan VF1990 berlepas dari London, Stansted pada jam 4 petang.
00:33Beliau berkata lelaki berkenaan pada mulanya dilihat bercakap seorang diri sebelum mula mengganggu kru dan penumpang lain.
00:41Menurut Muhammad Taufik, pihaknya mengesyaki lelaki itu di dalam pengaruh dadah berdasarkan keadaan dan tingkah lakunya ketika itu tetapi perkara
00:51itu tidak dapat dipastikan.
00:54Jelasnya, keadaan menjadi lebih tegang apabila seorang penumpang menegur lelaki berkenaan sebelum dia bertindak memukul penumpang terbabit.
01:03Tambahnya, lelaki terbabit turut beberapa kali menjerit Free Palestine dan Free Israel selain terus mengganggu penumpang lain.
01:13Muhammad Taufik berkata situasi berkenaan berlarutan kira-kira 3 jam sepanjang penerbangan sebelum pesawat tiba di Istanbul.
01:22Katanya, penerbangan berkenaan mengambil masa kira-kira 4 jam untuk tiba di Istanbul sebelum lelaki terbabit ditahan polis sebaik pesawat
01:31mendarat.
01:35Terima kasih.

Recommended