00:00Kementerian Kerja Raya KKR mengambil serius 13 penemuan dalam laporan kedua Ketua Audit Negara 2026 berhubung projek Leburaya Pen Borneo
00:09Sabah Fasa 1.
00:11Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penemuan Jabatan Audit Negara itu merangkumi kelewatan projek, peningkatan kos, kelemahan perancangan serta
00:20ketidakpatuhan terhadap peraturan dan garis panduan.
00:25Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata setakat 25 Ogos, hanya 4 daripada 35 pakej kerja Fasa 1 sudah disiapkan, manakala
00:34baki 31 pakej masih dalam pelaksanaan.
00:38Kemajuan fizikal direkodkan pada 89.01% bagi Fasa 1A, 37.58% bagi pakej kerja 9 dan 23.96
00:49% bagi Fasa 1B.
00:51Menurut Nanta, kelewatan antaranya disebabkan perubahan kaedah pelaksanaan daripada model rakan pelaksanaan projek kepada kaedah konvensional, pandemik COVID-19, pengambilan
01:02tanah, pemindahan utiliti dan prestasi kontraktor.
01:06Peningkatan kos Fasa 1A pula berpunca daripada lanjutan tempoh projek, perubahan skop, harga kontrak pembinaan serta isu tanah dan utiliti
01:15yang belum diselesaikan.
01:16Bagaimanapun, tahap kesediaan tapak kiri mencecah 99.79% bagi Fasa 1A, 96.8% bagi pakej kerja 9 dan
01:2779.43% bagi Fasa 1B.
01:31KKR terus mengarahkan pegawai berkaitan di Jabatan Kerja Raya Sabah dan Kementerian mengikuti kursus pentadbiran serta pengurusan kontrak bagi memperkukuh
01:40kemahiran penyediaan bil kuantiti, penentuan kos dan dokumentasi kontrak.
01:44Jawatankuasa Pemandu Leburaya Pen Borneo Sabah yang ditubuhkan pada November 2024 juga terus memperkukuh pemantauan menerusi program lawatan tapak.