Skip to playerSkip to main content
  • 41 minutes ago
Kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk memaksimumkan pemulihan baki aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diseleweng, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk memaksimumkan pemulihan baki Aset One Malaysia Development Berhad One
00:09MDB yang diselewing.
00:11Menurut Kementerian Kewangan MOF, usaha berkenaan penting untuk mengurangkan beban kewangan negara dan memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara.
00:22Setakat 31 Ogos 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion bagi menampung komitmen berkaitan One MDB merangkumi bayaran prinsipal, faedah,
00:33kos guaman dan operasi.
00:35Sekiranya tiada pemulihan dana tambahan pada masa hadapan, kerajaan masih perlu menanggung baki obligasi sebanyak RM20.1 bilion.
00:43Perkara ini dimaklumkan MOF dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ahli Parlimen Syah Alam Azli Yusof mengenai langkah penambahbaikan.
00:52Ini susulan laporan audit negara berhubung ketirisan dana awam, status terkini pemulihan aset negara berkaitan skandal kewangan besar serta pengurusan
01:01semula dana yang dipulihkan.
01:03Berhubung status pemulihan aset dan mekanisme pengurusan semula dana berkaitan skandal kewangan,
01:08Kementerian itu berkata aktiviti pemulihan terbesar pada masa ini melibatkan One MDB.
01:14Kerajaan setakat ini telah berjaya mendapatkan semula dana pemulihan aset berjumlah RM31.3 bilion berkaitan One MDB.
01:22Selamat menikmati!
01:23Terima kasih kerana menonton!

Recommended