00:00Kerajaan sedang membuat persiadahan awal bagi menghadapi kemungkinan cuaca panas melampau dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius dari penghujung
00:09tahun ini hingga April tahun depan.
00:11Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Dato' Sri Muhammad Sabu, kementeriannya turut mendapatkan pandangan pakar dalam bidang kecerdasan buatan AI,
00:21sains dan teknologi bagi mencari kaedah terbaik menghadapi perubahan cuaca berkenaan.
00:28Beliau berkata persediaan awal penting bagi memastikan kerajaan dan rakyat tidak panik sekiranya berlaku cuaca panas serta kering berpanjangan.
00:37Muhammad berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk kemungkinan berlaku kekurangan air yang boleh memberi kesan kepada sektor pertanian
00:45termasuk aktiviti tanaman dan ternakan.
00:47Beliau berkata maklumat serta ramalan awal berkaitan perubahan cuaca turut diambil kira bagi membolehkan langkah sewajarnya dirancang lebih awal.
00:56Dalam pada itu, Muhammad berharap lanjauan 2027 yang akan dibentangkan pada Jumat ini dapat memberi perhatian kepada Kementerian Pertanian dan
01:04Keterjaminan Makanan susulan cabaran yang dijangka dihadapi akibat fenomena El Nino.
01:10Beliau berkata isu bekalan air turut perlu ditangani lebih awal bagi memastikan sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara tidak terjejas
01:19sekiranya berlaku tempoh cuaca panas yang panjang.
01:22Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam bersama dengan Presiden Parti Amanah Negara di Georgetown pada Rabu.