00:00Perbadanan Kemajuan Film Nasional Malaysia, FINAS, akan meneliti kesesuaian memperkenalkan mekanisme perkongsian hasil bagi karya audiovisual untuk memastikan agihan manfaat
00:10ekonomi yang lebih adil kepada pelakon.
00:13Menurut Kementerian Komunikasi, langkah itu bertujuan memastikan pelakon turut menerima manfaat apabila sesuatu karya terus menjana pendapatan melalui pelbagai platform.
00:25Penelitian itu akan mengambil kira aspek daya saing, keboleh laksanaan komersial dan kemampanan industri kreatif negara.
00:32Selain itu, tiga aspek utama akan diberi perhatian iaitu perundangan, industri dan pasaran bagi memastikan mekanisme berkenaan sesuai dilaksanakan dalam
00:41ekosistem tempatan.
00:43Dari sudut perundangan, penelitian itu akan menentukan sama ada mekanisme itu wajar dilaksanakan melalui pindaan undang-undang garis panduan industri
00:52atau kontrak standar.
00:54Dari aspek industri, Finans akan meneliti struktur ekosistem kreatif dan model perniagaan semasa.
01:00Manakala dari aspek pasaran, penelitian turut akan mengambil kira amalan platform penstriman dan pengedar antarabangsa.
01:07Kementerian Komunikasi berkata penelitian itu turut melibatkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sari Hidup serta Perbadanan Harta
01:16Intelek Malaysia MyIPO.
01:17Pandangan pihak berkepentingan termasuk gabungan persatuan karyawan filem Malaysia, persatuan pelakon dan persatuan penerbit turut akan diambil kira.
01:27Setakat ini, Malaysia belum mempunyai mekanisme khusus untuk memberikan imbuhan tambahan kepada pelakon apabila karya mereka terus dieksploitasi secara komersial.
01:35Terima kasih kerana menonton!