Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Anggota polis Cawangan Khas yang mendakwa dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain telah membuat laporan polis baharu di Balai Polis Sungai Besi pada 10 Oktober lalu bagi mengemukakan bukti tambahan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Anggota polis cawan khas yang mendakwa dikasari Ketua Pengarah Engensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia, KPS, Datuk Seri Mohd Suhaili
00:08Mohd Zain telah membuat laporan polis baharu di Balai Polis Sungai Bersir pada 10 Oktober lalu bagi mengemukakan bukti tambahan.
00:16Peguam Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nur Tamrin dalam kenyataan bersama berkata, mengikut laporan itu, anak guam mereka Lance Corporal
00:24Muhammad Faiz Muhammad Saman, 40 tahun, mendakwa beliau sedang merakam gambar ketika kejadian itu di Terminal 1, lapangan terbang-antrebangsa
00:32Kuala Lumpur, KLIA, menggunakan telefon bimbitnya.
00:35Katanya, anak guam beliau mendakwa telefon bimbitnya dirampas dan ditahan secara salah selain turut dikasari, dipukul dan diugut.
00:44Menerusi kenyataan firma guaman itu hari ini, Muhammad Faiz dan seorang lagi anggota, Lance Corporal Muhammad Ekmal Safwan Riman yang
00:52bertugas sebagai pegawai kawalan perjalanan telah dikasari di tempat awam sehingga menyebabkan anak guam mengalami kecederaan dan menjejaskan maruahnya.
01:01Kedua mereka turut menafikan dawaan terlibat dalam kegiatan counter setting.

Recommended