Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Drama bersiri Kudrat 1968 menyorot bagaimana keluarga, pendidikan dan hierarki sosial mempengaruhi identiti, kepimpinan serta pilihan hidup, sambil menekankan peranan individu dalam mencorakkan masa depan mereka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Adakah takdir seseorang ditentukan oleh keturunan dan darjat atau pilihan yang dibuat dalam kehidupan?
00:06Itulah persoalan besar yang diangkat menerusi drama bersiri Kudrat 1968.
00:12Karya arahan Zulaika Zakaria itu bukan sahaja menyentuh isu kasta dan hierarki sosial,
00:18malah turut mengupas pengaruh latar belakang keluarga, sistem pendidikan serta persekitaran
00:23dalam membentuk identiti dan hala tujung kehidupan seseorang.
00:28Pelakon utama Mirul Aiman berkata drama berkenaan mengajak penonton meneliti berbagai faktor
00:33yang membentuk karakter individu termasuk aspek kepimpinan yang boleh dipupuk sejak usia muda
00:38melalui pendidikan dan pengalaman di alam persekolahan.
00:41Kepimpinan itu sendiri dah dipupuk daripada pembelajaran, sistem pembelajaran di dalam sekolah,
00:46di alam pendidikan dan daripada situ juga kita kena faham dalam satu battalion of a batch
00:53dalam sebuah sekolah ni ada macam-macam karakter dan ada karakter pemimpin-pemimpin yang
00:58mungkin akan jadi pemimpin masa akan datang pun.
01:00So kita nak bagitahu, kita sebagai pemain pun saya sedar yang tanggungjawab saya adalah
01:06untuk bagi kesedaran yang ada karakter berfikiran seperti ini.
01:11Ada karakter yang sudah corak kepimpinan kehidupannya daripada zaman sekolah lagi.
01:16Itu daripada aspek saya lah. Termasuk juga karakter-karakter lain ada aspek tertentu
01:21yang bagi-bagi, yang influence kasta dan darat-daratnya.
01:26So, at the end of the story, invest in the story. Invest dalam Kudrat 1968.
01:31Saya percaya kita dapat nikmati satu perjalanan yang lain.
01:35Sementara itu, Zulaika berkata tema utama Kudrat 1968
01:38berteraskan persoalan sejauh mana diri seseorang dibentuk oleh warisan keluarga
01:43dan sejauh mana ia ditentukan oleh pilihan yang dibuat sepanjang kehidupan.
01:47Menurutnya, walau apa jua latar belakang yang dimiliki,
01:50setiap individu mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju dan masa depan mereka sendiri.
01:54Saya rasa tema yang keseluruhan Kudrat yang kami pegang,
02:00tema dia dalam ayat yang kami guna sebagai penulis,
02:05How much of you is inherited?
02:08Maksudnya, berapa banyak diri ni yang kita inherit daripada keluarga?
02:13And how much of you is actually a pilihan?
02:16Jadi, kadang-kadang, kita ni mungkin dilahirkan daripada keluarga yang senang
02:22tapi apa kita buat dengan kesenangan tu atas kita?
02:25Atau, sama juga orang susah,
02:28ok, aku lahirkan susah tapi apa action yang aku buat,
02:31aku susah ni, tapi aku nak keluar tu apa aku buat?
02:34itu atas pilihan kita.
02:36Itu yang tema yang kita orang pegang
02:38dan itu adalah juga pengajaran yang at the end of it
02:41yang kita orang try to conclude dalam cerita.
02:44Specific untuk filem adalah
02:47apa jadi bila satu organisasi,
02:50sebab kita berurak pasal hierarki kan,
02:52apa jadi bila hierarki dah tak wujud?
02:56Jadi, aku nak tahu apa jadi
02:58and apa kita interpret apa jadi,
03:00tengoklah episode 5 nanti, filem tu nanti.
03:03Melalui penceritaan yang syarat dengan konflik darjat,
03:06kuasa dan pilihan hidup,
03:07Kudrat 1968 berusaha mencetuskan perbincangan
03:10tentang erti identiti, kebebasan
03:13serta keupayaan seseorang untuk mencurak nasib
03:15dan masa depan mereka sendiri.

Recommended