00:04Intro
00:06Assalamualaikum dan selamat pagi
00:08Anam menyaksikan Niaga Awani bersama saya Nina Rozman
00:11Kita mulakan minggu baru ini dengan pelbagai laporan menarik
00:14dengan tumpuan kepada Belanjawan 2027
00:17Intro
00:26Dewan Rakyat hari ini akan memulakan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2027
00:32selepas ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Keuangan
00:38Datuk Sri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu
00:40Perbahasan peringkat dasar selama 8 hari oleh ahli parlimen
00:44akan diikuti penggulungan oleh Kementerian yang dijadualkan pada 26 hingga 29 Oktober
00:50Ia kemudian akan diteruskan dengan perbahasan di peringkat jawatan kuasa dari 2 hingga 26 November
00:56sebelum Rang Undang-Undang itu dipertimbang untuk kelulusan Dewan Rakyat
01:00Belanjawan yang mengangkat tema Mengapai di Langit, Mengakar di Bumi itu
01:04merupakan yang kedua di bawah rancangan Malaysia ke-13 RMK 13, 2026 hingga 2030
01:11dan juga yang ke-5 di bawah Kerajaan Madani
01:13Menurut Perdana Menteri, Belanjawan 2027 berjumlah RM459.8 bilion itu
01:20bertujuan menerjemahkan pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan
01:24kepada manfaat nyata untuk rakyat melalui gaji yang lebih baik
01:27sokongan bersasar yang lebih cekap, disiplin fiskal yang lebih kukuh
01:31dan langkah agresif ke arah industri bernilai lebih tinggi
01:38Belanjawan 2027 dilihat mampu menangani tekanan yang dihadapi isi rumah di bandar
01:43termasuk golongan berpendapatan sederhana yang semakin terkesan selain golongan berpendapatan rendah
01:48menerusi beberapa langkah
01:50Menurut Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara, langkah itu meliputi aspek berkaitan gaji, perumahan,
01:56perlindungan sosial dan kemampuan untuk mendapatkan makanan pada harga yang berpatutan
02:01Antara langkah yang diketengahkan sifik adalah kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 bermula Jun 2027
02:09bagi syarikat yang mempunyai perolehan tahunan melebihi RM50 juta yang melibatkan lebih 4 juta pekerja
02:17Carangan gaji permulaan sebanyak RM2,500 bagi siswazah dan pekerjaan separa mahir
02:23memberikan mereka kedudukan kewangan yang lebih kukuh untuk menyewa rumah, menabung atau membuat pinjaman
02:29Penanda aras gaji kehidupan wajar bagi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan GLC
02:36meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,400 untuk RM230,000 pekerja
02:43sekaligus menetapkan penanda aras bagi majikan sektor swasta
02:49Belanjawan 2027 menawarkan peluang untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing Malaysia
02:54menerusi industri bernilai tinggi, inovasi teknologi dan integrasi serantau yang lebih mendalam
03:00menurut Afing Bank Berhad
03:01Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Wan Razli Abdullah berkata
03:06Belanjawan itu dibentangkan pada masa yang amat penting ketika Malaysia sedang mengharumi perubahan
03:12langskap geopolitik, corak perdagangan global yang terus berubah dan tekanan kos yang berterusan
03:17Ujah beliau dengan ekonomi diunjurkan berkembang antara 4.2 hingga 5.2% pada 2027
03:24peralihan kepada industri bernilai tinggi dan inovasi teknologi berpotensi menyokong pertumbuhan ekonomi
03:30Dalam pada itu, beliau menyambut baik cadangan memperkenalkan inisiatif Sukut Simpanan Runcit Bertoken
03:36sambil berkata langkah itu akan memperluas akses kepada peluang pelaburan dan memperkukuh
03:42kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam kewangan Islam
03:48Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS pada minggu ini
03:52Ia dijangka dinyagakan dalam julat RM4.07 hingga RM4.08
03:56ketika pasaran memberi reaksi terhadap belanjawan 2027 bagi mendapatkan petunjuk terhadap prospek ekonomi Malaysia
04:04Ketua Ahli Ekonomi Bank Momalat Malaysia Berhad Dr. Mohd Abzanizam Abdul Rashid berkata
04:09Tumpuan pasaran kekal dihalakan kepada belanjawan 2027 yang dibentangkan pada Jumaat
04:15dengan kalangan ahli ekonomi dan peanalisis terus meneliti butiran serta implikasinya dalam hari-hari mendatang
04:23Ujau beliau ada beberapa pendekatan seperti potongan cukai bagi kumpulan berpendapatan sederhana M40
04:28dan tambahan jaminan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana PKS
04:33melalui institusi seperti Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad SGPP dan Kredit Garanti Corporation Malaysia Berhad CGC
04:42Kesemua langkah itu ujannya bertujuan memastikan perniagaan kita terus berkembang maju
04:49Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 mata pada minggu ini
04:55dengan kecenderungan meningkat dalam dagangan berhati-hati didorong oleh pembelian saham mewah terpilih
05:01Naik Presiden Pendidikan Ekuiti Rakuten Fritz dan Berhad, Tong Pakling berkata
05:05penilaian pasaran kelihatan semakin menarik walaupun sentimen rapuh pelabur mungkin mengekang minat belian
05:11Pihak yang menjagakan aktiviti pembelian saham pada harga rendah secara terpilih akan menyokong pembelian berperingkat
05:18namun ketidaktentuan geopolitik, harga tenaga yang tinggi serta hasil bon yang tidak menentu mungkin menhadkan potensi kenaikan
05:26Bagi dagangan yang berakhir minggu lalu, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakannya tinggi
05:31disokong oleh sentimen pelabur yang bertambah baik, hasil daripada keyakinan pasaran serta aktiviti belian yang berterusan
05:37sesulan pengumuman belanjawan 2027 yang memberikan pemangkin baharu kepada pasaran