Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan menikam isteri dengan pisau dan mencederakan ibu mentua di sebuah rumah di Padang Lepai, Ketereh, minggu lepas. Tertuduh, Shahrul Shahrizal Che Shaari, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulkifli Ablah dan Nik Habri Muhamad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang penganggu didakwa di Mahkamah Session Kota Baru atas tuduhan menikam isteri dengan pisau dan mencederakan ibu mertua di sebuah
00:07rumah di Padang Lepai, Keterih pada Isnin lepas.
00:10Tertuduh Syahrul Syahrizal Cik Shaari, 44 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di
00:20hadapan Hakim Zulkifri Ablah dan Hakim Nek Habri Muhammad.
00:27Bagi pertuduhan pertama, Syahrizal didakwa menikam istrinya Zulaika Mat Zain, 44 tahun, menggunakan pisau sehingga cedera parah.
00:36Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok, Padang Lepai, pukul 8.30 malam.
00:43Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Akta yang sama yang mempuntukkan hukuman penjara sehingga
00:5320 tahun dan denda atau sebat.
00:56Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mencederakan ibu mentuanya Faridah Ismail, 78 tahun, menggunakan sibilah pisau di lokasi dan masa yang
01:05sama.
01:05Bagi keselahannya itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Akta sama yang mempuntukkan hukuman
01:16penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman berkenaan.
01:23Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Kamarul Hashimi Rosli dan Siti Arena Razali manakala tertuduh diwakili Peguam Zainal Abidin Mustafa.
01:33Keluarga mangsa turut melantik Peguam Pemerhati iaitu Nik Saiful Adili Bulhan dan Cik Mohamad Rezwan Jihad.
01:42Pendakwaan tidak menawarkan sebarang ikat jamin dan dipersetujui pembelaan yang turut meminta anak guamnya dirujuk ke hospital sekatri bagi menjalani
01:50rawatan mental.
01:52Mahkamah kemudiannya mengarahkan tertuduh dihantar ke hospital bahagia Ulu Kinta Perak selama sebulan untuk menjalani pemiksaan sekatri.
02:00Mahkamah menetapkan 18 November sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
02:06Isnin lalu seorang jurawat parah selepas ditikam enam kali oleh suaminya di rumah mereka di Kampung Pandang Lepai dipercayai bersabit
02:14isu tuntutan cerai.
02:16Sesulang kejadian itu, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan penceraian secara taklik membabitkan mangsa dan suaminya.

Recommended