Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Menteri Ekonomi Datuk Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerajaan akan memperketat penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum RM2,000 mulai Jun 2027, selain menyediakan perlindungan melalui Sistem Insurans Pekerjaan dan memperluaskan program Jualan Rahmah MADANI serta Jualan Agro MADANI bagi mengekang kos sara hidup.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan akan memastikan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai Jun tahun depan dilaksanakan secara teratur melalui penguatkuasaan yang lebih ketat
00:09dan langkah perlindungan kepada pekerja.
00:11Menurut Menteri Ekonomi, Dato' Akmal Nasrullah Muhammad Nasir, penguatkuasaan perintah gaji minimum baru akan dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
00:20Malaysia, Sabah dan Sarawak selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara.
00:25Penguatkuasaan terhadap perintah gaji minimum baru oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, JTK Sabah dan juga JTK Sarawak akan dibuat
00:38selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara.
00:42Dan sekiranya berlaku ketidakpatuhan, pekerja boleh memfalkan aduan ataupun mana-mana majikan yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti
00:55yang termaktub dalam Akta 732.
00:58Menurut beliau, pekerja yang mendapati majikan gagal mematuhi kadar gaji minimum yang ditetapkan boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa.
01:05Beliau berkata kerajaan terut mengambil kira kemungkinan berlakunya penstrukturan semula syarikat susulan pelaksanaan kadar gaji minimum baru itu.
01:14Menurutnya, pekerja yang diberhentikan dan dilindungi di bawah sistem insurans pekerja SIP layak menerima pelbagai bantuan termasuk allow mencari pekerjaan
01:23sehingga enam bulan bagi membantu meneruskan kelangsungan hidup sementara mendapatkan pekerjaan baru.

Recommended