Skip to playerSkip to main content
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Empangan Linggiu menjalani pemeriksaan keselamatan struktur setiap tahun, manakala pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan setiap lima tahun.

Beliau berkata pemantauan berkala termasuk audit integriti struktur turut dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan empangan sentiasa terjamin.

#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00kepada keluarga mangsa, kepada tragedi banjir yang berlaku di Nepal.
00:07Sebab soal Tenggara ini menyentuh juga berhubung kait dengan apa yang berlaku di Nepal pada Balboa ini.
00:15Untuk maklumat ahli berhormat, empangan lingui letak di bawah kawas leher sepenuhnya oleh Singapore Public Utilities Board
00:23ataupun PUB selaras dengan peruntukan Perjanjian Air Sungai Johor 1962 dan Perjanjian Tambahan 1990
00:33berkaitan pembinaan dan pengoperasian empangan lingui.
00:38Kedua-dua perjanjian tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sebagai wakil Kerajaan Malaysia
00:42dan segala hal ehwal berkaitan pengurusan, penyelenggaraan serta pemantauan empangan adalah di bawah tanggungjawab pihak PUB Singapura.
00:51PUB melaksanakan pemeriksaan empangan lingui setiap tahun
00:56manakala pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan setiap lima tahun dengan melibatkan pemeriksa empangan bertawliah.
01:02PUB turut mentangkan status keselamatan empangan kepada Badan Kawas Leher Air Johor secara bekala.
01:10Mekanisme ini membolehkan aspek keselamatan dan integriti struktur empangan diteliti
01:14serta sebarang keperluan tindakan susulan dikenalpasti.
01:20Berhubung pasukan khas Flying Squad Keselamatan Empangan,
01:25pasukan tersebut telah beroperasi dalam tempoh 2018 hingga 2022
01:30dan telah melaksanakan pemeriksaan ke atas 41 empangan di Malaysia.
01:35Pada tahun 2025, Pusat Empangan Negara atau singkatannya PEN ditubuhkan untuk mempukuh pengurusan keselamatan empangan
01:44di peringkat nasional melalui pemeriksaan keselamatan, penyelarasan dengan pemilik dan pengendali empangan,
01:51sokongan teknikal serta penilaian amalan keselamatan empangan.
01:55PEN melaksanakan pemantauan terhadap 107 empangan yang diuruskan oleh agensi dan pengendali
02:01di bawah seliaan pihak berkuasa Malaysia.
02:04Empangan lingwi yang dioperasikan oleh PUB Singapura tidak termasuk dalam skop pemantauan PEN.
02:11Sebagian itu, sebarang usaha mendapatkan maklumat atau menelaras aspek teknikal berkaitan keselamatan
02:16dan integriti struktur empangan lingwi dalam dilaksanakan melalui badan kawal selia Air Johor
02:21dan PUB Singapura tertakluk pada bidang kuasa serta persetujuan pihak-pihak berkaitan.
02:28PETRA melalui PEN akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor dan agensi berkaitan
02:34bagi memastikan sebarang isu keselamatan empangan yang dikenal pasti dapat diteliti dan ditangani
02:41khususnya melibatkan keselamatan penduduk di kawasan hiliran.
02:45Terima kasih.

Recommended