Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa Israel menganggap rakyat Palestin sebagai “subhuman”, sehingga wanita dan kanak-kanak turut menjadi korban serangan.

Beliau berkata, majoriti daripada lebih 74,000 mangsa yang disebutnya di Parlimen ialah wanita dan kanak-kanak, termasuk mereka yang dibom ketika berlindung di dalam khemah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestine memang tak boleh dibayangkan.
00:05Dia dibom walaupun duduk dalam kemah pun masih lagi dibom.
00:10Nak katakan bahawa mereka ini merupakan sarang kepada Hamas ke tidak.
00:17Dalam kemah Tuan Siputu, kanak-kanak mati.
00:21Yang ramai mati, majoriti yang 74 ribu lebih setakat sekarang Tuan Siputu adalah kebanyakan wanita dan kanak-kanak.
00:28Mengapa dia bunuh wanita?
00:30Kerana dia tak mahu wanita melahirkan zuriat.
00:33Kerana zuriat ini akan hidup dan akan menjadi sebagai orang yang menjadi musuh kepada Israel.
00:38Mengapa bunuhkan kanak-kanak?
00:39Kerana kanak-kanak tak boleh besar.
00:41Kerana kalau mereka besar, mereka akan menjadi pengkanas bagi pihak Israel.
00:46Bagi rejim Zionis Israel, Hamas atau meraih Palestine ini bukan manusia.
00:52Dia adalah subhuman.
00:54Jadi mereka ini perlu dibunuh kerana jika tidak mereka kata, mereka akan membunuh rakyat Israel.
01:03Jadi itu dia asasnya yang memang tak boleh nak kata, Tuan Siputu.
01:08Tak ada perkataan yang boleh dibayangkan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap Palestine.
01:14Terima kasih telah menonton!

Recommended