00:00Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut membabitkan motosikal dan lori di kilometer 13.1 Leburai Ceras Kajang semalam
00:09yang mengorbankan seorang pendunggang motosikal lelaki berusia 23 tahun.
00:14Ketua Polis Daerah Kajang, SCP Nazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang.
00:22Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari Kuala Lumpur menghala ke Kajang dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh
00:31di atas jalan raya.
00:32Ujarnya pada masa sama sebuah lori yang bergerak terus tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa yang berada di atas jalan
00:39menyebabkan penunggang motosikal warga tempatan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
00:44Beliau berkata setakat ini pemandu lori berkenaan masih belum membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Kurungan 1
00:52Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.
01:00Sehubungan itu, beliau meminta saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan termasuk orang awam yang mempunyai
01:08rakaman kamera papan pemuka atau video kejadian.
01:14Terima kasih.