Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Dr Anuar Ahmad menggesa kerajaan, GLC dan syarikat swasta memperluaskan biasiswa serta bantuan pendidikan bagi memastikan lebih ramai pelajar cemerlang daripada keluarga miskin tidak tercicir.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali. Peruntukan pendidikan perlu diagihkan secara lebih berhemah dan bersasar bagi memastikan bantuan yang disediakan benar-benar memanfaatkan golongan
00:10yang memerlukan, khususnya pelajar cemalang daripada keluarga berpendapatan rendah.
00:14Ini penting bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar berpotensi untuk melanjutkan pengajian sekaligus mengelakkan faktor kewangan menjadi penghalang kepada
00:24pembangunan modal insan negara.
00:27Menurut fellow bersekutu Institut Perbangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Dr. Anwar Ahmad, terdapat pelajar cemalang daripada pelbagai latar belakang keluarga,
00:35namun kesan bantuan pendidikan lebih signifikan kepada mereka yang datang daripada keluarga miskin.
00:40Menurut beliau, bantuan pendidikan mungkin tidak memberi kesan yang besar kepada keluarga berada, namun bagi keluarga miskin yang mempunyai anak
00:47cemalang dan berpotensi, bantuan tersebut mampu menjadi pemangkin kepada masa depan mereka.
00:52Beliau berkata pelbagai bentuk bantuan seperti beasiswa, tajaan pendidikan dan geran sememangnya telah diwujudkan, namun jumlah penerima serta nilai peruntukkan
01:01perlu dipertingkatkan bagi memastikan lebih ramai pelajar berkelayakan mendapat manfaat.
01:06Model-model yang telah kita amalkan di negara kita, sebelum ini beasiswa, tajaan, peruntukan, geran dan sebagainya telah pun ada.
01:16Cumanya kita kena berusaha untuk melipatkan lagi dari segi jumlahnya, dari segi bilangan yang memerlukannya, kita tahu bahawa ramai anak
01:25-anak daripada keluarga miskin yang berpotensi ini kadang-kadang mereka terlepas peluang disebabkan oleh jumlah yang terhad.
01:33Jadi kita harapkan penglibatan pihak swasta, pihak agensi dan juga pihak-pihak yang bukan daripada pihak kerajaan itu tak boleh
01:43sama-sama membantu kerana pada akhirnya apabila kita berjaya melahirkan sumber manusia yang cemelang, yang hebat, yang berbakat tinggi ini,
01:51hasilnya itu ataupun sumbangannya itu bukan hanya pada pihak kerajaan tapi juga kembali kepada syarikat-syarikat swasta dan juga apa
02:02kita panggil persendirian.
02:03Sebenarnya itu, beliau berpandangan kerjasama lebih erat antara kerajaan, sektor swasta dan GLC amat diperlukan bagi memastikan lebih ramai pelajar
02:11berpotensi khususnya daripada keluarga berpendapat rendah tidak tercici daripada peluang pendidikan yang mampu mengubah masa depan mereka.
02:19Beliau berkata demikian dalam rancangan Niaga Awani pada Selasa.

Recommended