Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Seorang dilaporkan maut manakala beberapa lagi cedera selepas insiden melibatkan roller coaster Goliath di taman tema Six Flags Over Georgia. Pihak berkuasa dan pengurusan taman tema sedang menjalankan siasatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang maut menekala beberapa yang lain cedera dalam insiden melibatkan permainan rollercoaster di Georgia AS pada Isnin.
00:07Pasukan penyelamat dilihat memindahkan penumpang yang terkandas selepas rollercoaster Goliath di Taman Tema Six Flags Over Georgia terhenti ketika beroperasi.
00:17Penumpang dibantu keluar dari permainan itu melalui laluan perkhidmatan sebelum dibawa ke tempat selamat.
00:23Rakaman udara daripada stesen televisyen tempatan menunjukkan kaki tangan Taman Tema mengiringi penumpang turun dari rollercoaster yang terhenti sementara pasukan
00:33kecemasan berada di lokasi.
00:35Bagaimanapun pihak berkuasa belum mendedahkan maklumat lanjut mengenai insiden berkenaan termasuk punca kejadian.
00:42Dalam satu kenyataan pihak Six Flags menyatakan kesedihan mendalam atas insiden itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada semua yang terjejas.
00:50Pengurusan Taman Tema itu terus mengesahkan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Recommended