Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Seorang guru mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, atas dua pertuduhan, iaitu menyebabkan kematian dan mencederakan dengan cuai dua pelajar Tingkatan Satu dalam kemalangan di sebuah sekolah pada April lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang guru mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Magistret Kota Baru atas dua pertuduhan iaitu kesalahan menyebabkan kematian
00:09dan mencederakan dengan cuai dua pelajar tingkatan satu dalam kemalangan di sebuah sekolah pada April lalu.
00:15Tertuduh Sakinah Ismail, 57 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Wan Muhammad Izzat Wan Abdullah.
00:26Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar perempuan tingkatan satu di kawasan Surau Sekolah
00:35Menengah Kebangsaan SMK Tanjung Mas, Kota Baru pada 1.40 petang 12 April lepas.
00:41Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali
00:50jika sabit kesalahan.
00:51Untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa cuai dengan melanggar seorang pelajar perempuan tingkatan satu menggunakan sebuah kereta Honda HRV sehingga membahayakan
01:01nyawa pada lokasi, masa dan tarikh yang sama.
01:05Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau
01:13kedua-duanya.
01:14Mahkamah kemudian yang membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 6 Desember
01:23depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.
01:26Dalam kejadian pada 12 April lepas, seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.
01:34Manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh kenderaan dipandu guru wanita di hadapan surau SMK Tanjung Mas.

Recommended