00:00Semua sekolah di seluruh Tawau akan ditutup mulai rabu berikutan bacaan indeks pencemaran udara IPU melebihi 150 iaitu tahap tidak
00:08sihat.
00:09Jabatan Pendidikan Negeri Sabah JPNS dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan dan
00:17keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah daripada kesan jerebu.
00:25JPNS turut memaklumkan semua pentadbir sekolah di daerah Tawau diminta mengambil maklum dan mematuhi arahan penutupan.
00:32Ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan agar memastikan anak-anak berada di tempat yang selamat, mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa
00:40mengikuti perkembangan semasa kualiti udara melalui saluran rasmi.
00:43Menurut kenyataan itu, pembukaan semula sekolah tertakluk kepada keadaan kualiti udara semasa serta arahan atau pemakluman rasmi selanjutnya daripada KPM
00:53dan JPNS.