Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
SPRM reman 2 individu termasuk seorang pegawai kanan agensi kerajaan disyaki minta dan terima rasuah kira-kira RM15,000.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM Kuala Lumpur telah menahan reman dua individu.
00:06Membabitkan seorang pegawai kanan agensi kerajaan dan seorang lagi pengarah syarikat.
00:11Kes membabitkan bisyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM15,000
00:17sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pembekalan di agensi kerajaan.
00:22Perintah reman tujuh hari sehingga 19 Oktober ini terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan
00:27Magistret Alia Anwar.
00:29Selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur,
00:34kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an telah ditahan kira-kira jam 2 petang pada Isnin
00:40ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
00:45Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara tahun 2021 hingga 2023.
00:54Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Muhammad Zakwan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata
01:01kes disiasat di bawah Seksyen 17-A Akta SPRM 2009.

Recommended