00:00Penduduk di kawasan luar bandar khususnya di pedalaman kini dapat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah menerusi program Sentuhan
00:08Kasih Rakyat di Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapur Kudat.
00:13Menerusi program itu, Jabatan Tanah dan Ukur menyediakan perkhidmatan semakan serta pengemas kinian maklumat geran tanah termasuk pembetulan kesilapan ejaan
00:21nama dan nombor kad pengenalan.
00:24Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarihidup, Datuk Armizan Muhammad Adi berkata, urusan tersebut boleh diselesaikan dalam tempoh maksimum kira
00:33-kira satu jam.
00:34Pada masa sama, penduduk turut mendapatkan khidmat pengesahan dokumen secara percuma menerusi Jaksa Pendamai yang menyertai program berkenaan.
00:43Melalui program ini, kita membawa bersama antara penerima-penerima Jaksa Pendamai, JP yang ada di Sabah ini, yang diselaraskan oleh
00:56Majabs,
00:57iaitu Majlis Jaksa Pendamai untuk memberikan khidmat sukarela secara percuma.
01:04Kalau persediaan sumpah, dia kena bayar. Kalau Jaksa Pendamai ini, dia kena hanya untuk tujuan charitable purpose.
01:14Jadi mereka datang memberikan bantuan pengesahan, jadi rakyat tidak perlu membayar langsung sama ada untuk kemas kini geran dan juga
01:25pengesahan dokumen.
01:26Program turut menghimpunkan 34 agensi kerajaan persekutuan dan negeri merangkumi penyampaian bantuan syukur, sesi interaksi bersama penerima, jualan rahmah madani,
01:38serta pelbagai inisiatif lain.
01:40Berdasarkan data terkini kerajaan negeri, seramai 14,001 ketua isi rumah di Pardimen Kudat direkodkan sebagai penerima bantuan syukur sebanyak
01:50RM200 sebulan.
01:53Bismillahirrahmanirrahim