00:00Jerebu yang melanda lembah kelang turut menambah keperitan hidup warga miskin kota yang tidak mempunyai tempat berteduh daripada pencemaran udara.
00:09Tenjauan Estrawan ini di dapur jalanan Kuala Lumpur mendapati sebahagian komuniti terjejas mula mengadu masalah kesihatan selain berdepan kekangan untuk
00:18mendapatkan pelitup muka.
00:23Sukarelawan dapur jalanan yang juga anggota RELA, Salimi Husin berkata, sebahagian penerima bantuan makanan mengadu mengalami batuk dan selsema akibat
00:33keadaan udara berjerebu.
00:35Untuk pengunjung-pengunjung dapur jalanan ini ada sebahagian itu mengeluh juga lah kota pencemaran udara ini agak terganggu lah kesihatan.
01:08Dalam masa sama, kekangan kewangan menyebabkan sebahagian rakan jalanan tidak mampu mendapatkan pelitup muka yang mencukupi,
01:15sekaligus bergantung kepada sumbangan pertubuhan bukan terajaan atau NGO.
01:21Koordinator dapur jalanan Muhammad Nabil Firdaus Rauyad berkata, ada dalam kalangan mereka turut mengadu mengalami sakit dada ketika cuaca panas
01:30dan berjerebu.
01:32Mereka tidak ada kemampuan kewangan untuk membeli penutup muka face mask yang mencukupi, contohnya N95 dan sebagainya.
01:42Mereka bergantung kepada pemberian daripada NGO-NGO di sekitar Kuala Lumpur yang lain contohnya.
01:49Sementara itu, Sukarelawan Raja Rania Falhana R. Zainal Abidin berpendapat,
01:54pendekatan menangani jerebu perlu mengambil kira realiti golongan rentan yang tidak mempunyai akses sama rata kepada perlindungan kesihatan.
02:03Menurutnya, isu rentah sempadan juga memerlukan tindakan lebih tegas di peringkat kerajaan.
02:32Di sebalik cabaran itu, Sukarelawan dapur jalanan tetap meneruskan pengagihan makanan
02:38kepada komuniti memerlukan pada setiap ahad.
02:42Namun bagi warga miskin kota, keprihatinan terhadap nasib mereka tidak seharusnya terhenti pada bantuan makanan semasa-mata.
02:50Sebaliknya, turut memangkumi akses kepada perlindungan dan pemantauan kesihatan ketika jerebu berterusan.