00:00Kerajaan Indonesia didakwa gagal menangani kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlarutan sejak tiga bulan lalu.
00:08Ia susulan kelemahan langkah mitigasi, pencegahan awal serta penguatkuasaan terhadap syarikat yang bertanggungjawab.
00:15Juru kempen hutan Greenpeace Indonesia, Balkis Habibah berkata kebakaran hutan dan tanah gambut bukan fenomena yang tidak dapat dijangka kerana
00:23ia lazimnya berlaku antara Julai hingga Oktober setiap tahun.
00:30Tapi pemerintah Indonesia masih melakukan bisnis as usual, yang disiapkan adalah ketika kebakaran terjadi mereka baru akan menyiapkan satgas pemadaman,
00:38mereka hanya akan menyiapkan operasi modifikasi cuaca.
00:41Tidak ada sesuatu yang kemudian dilakukan, upaya yang dilakukan terutama upaya mitigasi dengan serius yang dilakukan sebelumnya.
00:50Nah ketika kemudian akhirnya kebakaran terjadi cukup besar dan dampaknya meluas bahkan sampai Malaysia, Singapura dan negara-negara ASEAN lainnya,
00:58hari ini Indonesia gagap.
01:02Mengulas lanjut, Belgis berkata antara langkah yang sepatutnya dilaksanakan lebih awal termasuk mempercepat pemulihan lanskap gambut,
01:12menilai semula semua permit syarikat yang beroperasi di kawasan berkenaan serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
01:20Keadaan itu turut menimbulkan kebimbangan apabila Indonesia belum menerima tawaran bantuan daripada beberapa negara
01:28dengan alasan negara itu masih berupaya menangani kebakaran berkenaan sendiri.
01:34Dalam pada itu, Belgis menggesa kerajaan Indonesia mengisytiharkan jerebu sebagai bencana nasional.
01:39Ia bagi memastikan isu itu diberikan keutamaan dan membuka ruang kepada bantuan serta solidariti antarabangsa.
01:48Terima kasih telah menonton!