Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kesatuan Eropah sedang mempertimbangkan sekatan visa tambahan terhadap warga Rusia susulan desakan negara anggota untuk mengetatkan peraturan perjalanan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Eropah memaklumkan sekatan visa tambahan terhadap warga Rusia mungkin diperkenalkan dalam usaha memperketatkan kawalan perjalanan ke negara-negara kesatuan
00:09Eropah EU.
00:10Jurucakap Suruhanjaya Eropah Marcus Lammert berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menghadkan kemasukan warga Rusia ke blok
00:19perkenaan.
00:21Menurut beliau, Suruhanjaya Eropah sedang melaksanakan langkah susulan keputusan Menteri-Menteri EU yang menyokong larangan kemasukan terhadap pejuang Rusia yang
00:30terlibat dalam perang di Ukraine.
00:32Lammert menegaskan bahawa tindakan mengahatkan pengeluaran visa kepada warga Rusia kekal menjadi keutamaan EU sejak konflik Ukraine bermula pada tahun
00:402022.
00:41Pada Jun lalu, 11 negara anggota Schengen menggesa Suruhanjaya Eropah mengambil tindakan lanjut berkaitan visa pelancong Rusia dan menyelaraskan pelaksanaannya
00:51di seluruh blok itu.
00:53Sweden turut mendesak cadangan baharu dikemukakan bagi menghadkan lagi pemberian visa pelancong kepada warga Rusia.
01:00Sebelum ini, Suruhanjaya Eropah telah memperketatkan peraturan visa Schengen dengan menghadkan visa kemasukan berulang kali kepada warga Rusia.
01:07Langkah itu mewajibkan mereka mendapatkan visa baru bagi setiap perjalanan ke negara anggota Schengen.
01:14Perkembangan tersebut mencerminkan pendirian berterusan EU dalam memperketatkan sekatan terhadap Rusia sesulan konflik yang masih berlanjutan di Ukraine.

Recommended