00:00Sekurang-kurangnya enam orang maut termasuk tiga kanak-kanak selepas sebuah drone Rusia menyerang kawasan taman awam di wilayah Kharkiv,
00:07timur laut Ukraine.
00:09Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyefatkan serangan itu sebagai satu tindakan yang amat kejam terhadap orang awam.
00:17Menurut beliau, antara mangsa yang terkorban ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia lebih setahun yang berada di dalam kereta sorong
00:24bayi bersama ibunya.
00:25Ibu mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital manakala seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun turut
00:34terkorban.
00:35Serangan itu turut menyebabkan 14 individu cedera termasuk enam kanak-kanak.
00:40Rakaman dari lokasi menunjukkan kerosakan teruk pada sebuah kafe, permainan kanak-kanak yang musnah dan kesaltupan di sekitar taman rekreasi
00:48tersebut.
00:48Polis maklumkan drone itu menyasarkan kawasan tengah taman berhampiran air pancut dan kafe yang menjadi tumpuan penduduk setempat.
00:57Saksi mendakwa drone berkenaan berlegar-legar di ruang udara sebelum melancarkan serangan.
01:02Insiden terbaru itu menambah angka korban orang awam dalam konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine yang kini memasuki tahun kelima.
01:10Terima kasih telah menonton!