Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Perubahan corak pekerjaan dan kecenderungan generasi muda menuntut dasar ekonomi lebih responsif, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kira-kira 3.2 juta rakyat Malaysia kini bekerja sendiri mencerminkan perubahan landscape pekerjaan dan cara rakyat menjana pendapatan.
00:08Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr. Mohd Abzan Nizam Abdul Rashid berpendapat,
00:15dasar ekonomi negara perlu bergerak seiring dengan perubahan itu bagi memanfaatkan potensi golongan berkenaan.
00:23Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia setakat Ogos lalu, golongan bekerja sendiri merangkumi pelbagai bidang termasuk perniagaan kecil, pertanian dan perkhidmatan
00:34profesional.
00:35Perubahan itu turut dilihat dalam kalangan generasi muda yang semakin terdedah kepada peluang perniagaan dan pelaburan termasuk pasaran saham.
00:43Menurut Afzal Nizam, kecenderungan itu mencerminkan perubahan sikap terhadap risiko dan memerlukan pendekatan dasar yang lebih terbuka kepada realiti ekonomi
00:53semasa.
00:54Student pun dah pandai berniaga dah. Dan mereka pula dari segi tahap selera risikonya pun semakin tinggi.
01:02Dan dikatakan saya tengok dalam berita, mereka dah pandai main saham dan sebagainya.
01:06So maksudnya macam mana kita nak raikan trend ini. Agak tebu kadang-kadang tu cakap macam main sawi.
01:11Takkan main saham buat bahaya ni. Tapi itulah realitinya.
01:16Dan kalau kerajaan tidak berubah untuk meraihkan realiti tersebut, saya kira akan suka untuk mencapai satu ekonomi yang lebih baik
01:24pada masa kelatan.
01:26Tambahnya antara keperluan yang wajar diberi perhatian termasuk akses kepada pembiayaan, literasi kewangan dan peluang meningkatkan kemahiran.
01:35Dalam aspek perlindungan pekerja, kerajaan telah memperkenalkan Akta Pekerja GIK 2025 sebagai sebahagian usaha memperkukuh kebajikan golongan berkenaan.
01:46Bagaimanapun golongan bekerja sendiri merangkumi segmen yang lebih luas dengan keperluan dan cabaran berbeza mengikut jenis pekerjaan.
01:54Justeru pendekatan ekonomi yang lebih menyeluruh dilihat penting bagi memastikan perubahan cara rakyat bekerja dan menjana pendapatan dapat dimanfaatkan untuk
02:03pertumbuhan negara.
02:04Beliau berkata demikian pada forum Bicara Persadar Belanjawan 2027 di Universi Kebangsaan Malaysia Bangi pada Jumaat.
02:12Terima kasih kerana menonton!

Recommended