00:00Seterusnya, Indonesia mempertimbangkan untuk menyemak semula kontrak eksport gas ke beberapa negara jiran.
00:06Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Bahlil Lahadalia, yang dipetik Jakarta Globe, dilaporkan berkata,
00:12langkah itu bagi mengutamakan keperluan tenaga domestik.
00:18Difahamkan ia sesulian arahan Presiden Prabowo Subianto untuk mengutamakan daya tahan ekonomi dan keselamatan tenaga domestik
00:25dalam menghadapi ketegangan geopolitik dan cabaran tenaga global.
00:30Bahlil menegaskan semula pendirian itu pada Khamis ketika melancarkan sebuah kemudahan gas
00:35dengan menyatakan Indonesia bersedia menyemak semula eksport kepada negara yang dianggap tidak bekerjasama dan tidak menghormatinya.
00:42Indonesia mengerupakan pengeksport gas kepada beberapa ekonomi utama Asia termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Malaysia dan Thailand
00:51manakala kontrak eksport gas sediada dengan Singapura dijadualkan tamat pada penghujung 2028.
00:58Menurut penguasa pasaran tenaga Singapura,
01:01EMA, kira-kira 40% bekalan gas asli negara itu diperoleh melalui saluran pipe dari Malaysia dan Indonesia
01:07manakala selebihnya diimport dalam bentuk gas asli cecai dari pasaran antarabangsa.
01:13Walau bagaimanapun, Singapura telah mengambil langkah mempelbagaikan sumber bekalan tenaganya.
01:18Pada September 2023, timbalan Perdana Menterinya Gan Kim Yong mengesahkan bahawa tidak satu negara yang membekalkan lebih 30% daripada
01:27jumlah import gas Singapura.
01:29Terminal LNG Singapura yang mula beroperasi pada 2013 membolehkan negara itu mendapatkan bekalan dari pelbagai negara
01:36dengan LNG menyumbang hampir 60% daripada keseluruhan bekalan gas asli.
01:41Sebuah terminal kedua turut dibangunkan bagi meningkatkan kapasiti import.
01:46Negara itu juga telah mencapai sasaran kapasiti tenaga solar sekurang-kurangnya 2 gigawatt puncak GWP
01:52lebih awal dari sasaran 2030 selain menubuhkan Singapura Gasco pada 2025 sebagai pengagregat gas berpusat melalui kontrak jangka panjang.