00:00Malaysia kekal komited untuk menyalurkan bantuan pembangunan semula berjumlah RM100 juta kepada Gaza
00:05walaupun pelaksanaannya masih belum dapat dilaksanakan ketika ini.
00:09Menteri Luar Datuk Seri Mamat Hassan berkata,
00:12keadaan keselamatan di Gaza yang semakin buruk menjadi penghalang utama kepada pelaksanaan bantuan tersebut.
00:20Menurut beliau, kerajaan hanya akan melaksanakan projek pembangunan semula itu
00:25apabila keadaan di wilayah berkenaan lebih selamat dan kondusif.
00:28Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasaan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Belanjawan 2027
00:35peringkat dasar bagi Kementerian Luar di Dewan Rakyat.
00:39Komitmen bantuan pembangunan semula berjumlah RM100 juta itu sebelum ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:47Mohamad memaklumkan Malaysia terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestine
00:52menerusi akaun amanah kemanusiaan rakyat Palestine.
00:55Menurutnya, sejak tahun 2023, sebanyak RM89 juta telah disalurkan
01:01bagi membantu rakyat Palestine yang terjejas akibat konflik berterusan.
01:05Daripada jumlah itu, lebih RM12 juta telah disalurkan
01:09sepanjang tahun ini bagi memenuhi keperluan kemanusiaan mendesak di wilayah berkenaan.
01:14Terima kasih kerana menonton!