Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kajian bagi pewujudan Akta Pengurangan Risiko Bencana dijangka siap dalam tempoh 12 bulan sebelum hala tuju RUU Pengurusan Bencana Negara dimuktamadkan.
Transcript
00:00Kajian Akta Pengurangan Risiko Bencana dijangka siap dalam tempoh 12 bulan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerangka pengurusan bencana negara.
00:09Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi berkata, kajian itu akan menjadi asas penting dalam menentukan hala tuju
00:16penggubalan rang undang-undang pengurusan bencana negara.
00:20Menurut beliau, kajian itu dilaksanakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA.
00:25Dapatan dan syur kajian berkenaan akan diselaraskan bersama kementerian serta agensi berkaitan sebelum sebarang cadangan dasar dan perundangan dimuktamadkan.
00:34Ahmad Zaid menjelaskan, kerajaan masih meneliti bentuk serta keperluan kerangka perundangan yang paling sesuai bagi pengurusan bencana negara.
00:43Beliau berkata kerajaan tidak mahu menggubal undang-undang baru tanpa terlebih dahulu mengenalpasti kelemahan atau jurang dalam sistem sedia ada.
00:50Menurut beliau, pendekatan yang diambil selaras dengan hala tuju pengurusan bencana negara yang menekankan penggunaan sains, data dan teknologi.
00:58Ia termasuk memperkukuh sistem amaran awal, meningkatkan kesiapsiagaan serta memastikan tindak balas yang lebih pantas dan terselaras ketika berdepan bencana.
01:07Penjelasan itu diberikan menerusi jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Wangsemaju Zahir Hassan mengenai perkembangan terkini penggubalan
01:17RUU pengurusan bencana negara.
01:18Kerajaan berharap langkah tersebut dapat memperkukuh takbir urus pengurusan bencana sekaligus meningkatkan daya tahan masyarakat dan negara terhadap risiko bencana
01:27pada masa hadapan.
01:28Terima kasih telah menonton!

Recommended