Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kerajaan Kelantan bercadang melaksanakan projek menghubungkan beberapa sungai sebagai laluan alternatif aliran air bagi mengurangkan risiko banjir.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Kelantan mencarangkan satu projek bagi menghubungkan beberapa batang sungai sebagai langkah tambahan untuk mengurangkan risiko banjir di negeri
00:09itu.
00:09Pengurusi Jawatan Kuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Dr. Izani Husim berkata, carangan itu melibatkan
00:17pembinaan laluan sepanjang kira-kira 10km.
00:23Katanya ia bermula dari Sungai Lemak Lancang ke Sungai Meranti, Sungai Mentuan dan seterusnya ke Kuala Pengkalan Nangka di Tumpat.
00:31Menurutnya projek bernilai kira-kira RM40 juta itu masih berada di peringkat awal dan kertas kerja berkaitan dijangka disiapkan dalam
00:39tempoh seminggu.
00:40Beliau berkata pembukaan laluan baharu itu akan menjadi alternatif kepada muara Sungai Golok bagi membantu melancarkan aliran keluar air, terutamanya
00:49ketika musim hujan.
00:50Tambahnya, Kerajaan Negeri akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek berkenaan.
00:57Dalam sesama, Dr. Izani berkata projek Lembangan Sungai Bersepadu PLSB Sungai Golok yang merangkumi tiga fasa dijangka siap sepenuhnya pada
01:06tahun 2028.
01:07Setakat ini, pembinaan bagi fasa pertama mencatat kemajuan 70%, manakala fasa ketiga mencapai 25% dan fasa kedua masih di
01:17peringkat reka bentuk.
01:19Beliau berharap apabila kesemua komponen projek itu siap, risiko banjir di kawasan terjejas dapat dikawal dengan lebih berkesan dan kesan
01:26banjir besar dapat dikurangkan.

Recommended