00:00Ancaman banjir bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda, malah boleh menjejaskan kelangsungan perniagaan kecil yang mempunyai keupayaan keuangan terhad.
00:10Menurut fellow penyelidik kanan Disaster Preparedness and Prevention Center, MGIIT, Universiti Teknologi Malaysia UTM, Dr. Kamarul Azharul Razak,
00:21Kerajaan Bersama Bank Negara Malaysia dan Bank Dunia mendapati PMKS mempunyai kebarangkali yang lebih tinggi, melaporkan kerugian keuangan akibat banjir
00:30berbanding syarikat besar.
00:34Kesan terhadap aliran tunai amat besar kerana seperti kita maklum bahawa satu-satu PKS ini bergantung kepada jualan harian, jualan
00:45bulanan dan pembekalan berterusan.
00:48Dan semestinya masalah aliran tunai ini akan mengganggu walaupun mempunyai pelanggan dan pemintaan pasaran.
00:54Dan kesan berantai terhadap pekerjaan ini, gangguan perantai yang berkalan juga amat besar khususnya mereka yang berada pada sektor pertanian
01:04ataupun tanaman makanan negara.
01:08Sementara itu, kajian berkenaan turut menganggarkan banjir besar dengan kebarangkalian berlaku sekali dalam tempoh 20 tahun,
01:16berpotensi menyebabkan kerugian ekonomi sehingga 4.1% daripada keluaran dalam negeri kasar KDNK menjelang 2030, sekiranya tiada langkah penyesuaian
01:27tambahan dilaksanakan.
01:29Justeru penyelesaian bersasar termasuk akses pembiayaan dan perlindungan risiko bencana dilihat penting bagi memastikan perniagaan kecil tidak terus terperangkap dalam
01:39kitaran kerugian dan pemulihan setiap kali banjir melanda.
01:43Beliau berkata demikian dalam niaga awani pada selasa.