Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pelaburan awal dalam projek pembangunan semula Battersea Power Station di London terlalu tinggi sehingga mengakibatkan kerugian.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelaburan awal dalam projek pembangunan semula, Battersea Power Station di London terlalu tinggi sehingga mengakibatkan kerugian.
00:08Perdana Menteri Dato' Sri Alman Ibrahim berkata, usaha memulihkan projek itu masih berjalan, tetapi pengalaman sedemikian menunjukkan rasional pelaburan besar
00:15di luar negara perlu diteliti dengan lebih mendalam.
00:20Dengan gesaan dan teguran bahawa ada beberapa langkah yang dilakukan dulu termasuk Battersea di UK itu, walaupun sekarang sedang cuba
00:31dipulihkan tetapi pelaburan asal itu terlalu tinggi dan telah mengalami kerugian.
00:37Sekarang cuba dipulihkan, tapi maknanya rasional yang dibangkitkan oleh Pasir Kudang, itu tepat. Mengapa kita agak terlalu terburu-buru untuk
00:47melabur di luar?
00:48Menurut Perdana Menteri, kerajaan memahami syarikat pelaburan berkaitan kerajaan perlu mencari peluang pelaburan di dalam dan luar negara bagi menjana
00:57pulangan, namun keutamaan terhadap pelaburan domestik perlu dipertingkatkan.
01:03Jelasnya, sejak tiga tahun lalu, kerajaan menetapkan sekurang-kurangnya 20% pelaburan institusi berkenaan disalurkan ke dalam negara.
01:12Beliau berkata kerugian sesetengah pelaburan tidak semestinya mencerminkan prestasi keseluruhan sesebuah institusi kerana pelaburan lain masih mampu memberikan pulangan tinggi.

Recommended