Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Median upah bulanan pekerja sektor formal meningkat 4.8 peratus kepada RM3,000 pada Jun lepas, namun jurang pendapatan yang ketara masih wujud antara golongan berpendapatan tertinggi dengan yang terendah, menurut Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Kedua 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Upah bulanan pekerja sektor formal meningkat 4.8% kepada RM3,000 pada Jun lalu berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
00:09Menurut laporan statistik upah pekerja sektor formal suku tahun ke-2, 2026, 10% pekerja formal berpendapatan terendah menerima upah
00:19RM1,700 atau kurang sebulan.
00:23Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSEM bagaimanapun memaklumkan, jurang pendapatan antara golongan berupah tinggi dan rendah masih ketara.
00:32Menurut DOSEM, 10% pekerja formal berpendapatan tertinggi memperoleh sekurang-kurangnya RM9,600 sebulan.
00:41Dari segi guna tenaga, bilangan pekerja formal warga negara meningkat kepada 7.2 juta orang pada Jun tahun ini,
00:48bertambah 3.3% berbanding 6.97 juta orang dalam tempoh sama tahun lalu.
00:56Mengikut negeri, Kuala Lumpur merekodkan median upah bulanan tertinggi sebanyak RM4,245.
01:03Diikuti Selangor RM3,245 dan Pulau Pinang RM3,000.
01:09Kelantan pula mencatat median upah terendah pada RM1,827 diikuti Perlis dan Sabah.
01:17Mengikut sektor ekonomi, perlombongan dan pengkuarian merekodkan median upah tertinggi sebanyak RM6,722 sebulan.
01:25Manakala sektor pertanian mencatat median upah terendah iaitu RM2,282.
01:32Sementara itu, pekerja berusia 45 hingga 49 tahun terus merekodkan median upah tertinggi.
01:37Manakala pekerja berumur bawah 20 tahun kekal menerima median upah RM1,700 sejak Februari tahun lalu.
01:45Dossum turut memaklumkan, peratus pekerja formal yang menerima gaji di bawah RM1,700 menurun kepada 8.2% pada Jun
01:54berbanding 10.4% tahun sebelumnya.

Recommended