00:00Indeks harga pengeluar PPI negara meningkat kepada 12% pada September berbanding 10.7% pada bulan sebelumnya.
00:08Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM, ia didorong oleh peningkatan harga dalam sektor pembuatan dan perlombongan
00:15disebalik lonjakan harga minyak mentah di peringkat global.
00:20Menurut DOSEM, sektor perlombongan mencatatkan peningkatan tahunan tertinggi sebanyak 54.1% pada September
00:26berbanding 41.2% pada Ogos.
00:30Manakala sektor pembuatan menyaksikan kenaikan 9.4% berbanding 8.8% didorong oleh peningkatan harga produk petrolium sebanyak 35
00:39%
00:40dan produk komputer, elektronik dan optikal sebanyak 12.9%.
00:45Sementara peningkatan indeks harga dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan menyederhana kepada 2.9% daripada 4.6% pada
00:55bulan sebelumnya.
00:56Dalam perbandingan bulan ke bulan, indeks sektor perlombongan meningkat 10.3% dan pembuatan 0.9%.
01:05Manakala peningkatan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan menurun kepada 0.5%.
01:11Dalam tempoh perbandingan yang sama, PPI keseluruhan negara meningkat 10.8% pada suku ketiga tahun ini berbanding 7.4
01:19% pada suku kedua.
01:21Harga minyak mentah global melonjak daripada kira-kira 90 dolar setong kepada lebih 116 dolar setong pada September
01:28selepas ketegangan geopolitik di Asia Barat mengekalkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan.
01:34Harga minyak sawit mentah juga kekal tinggi.
01:36Meningkat 66% kepada lebih RM4,614 setan ekoran faktor cuaca dan permintaan biodiesel yang kekal tinggi.
Comments