Skip to playerSkip to main content
  • 37 minutes ago
UMNO bersetuju mengesahkan kerjasama politik dengan PAS dan PN bagi menghadapi PRN Melaka, termasuk menerusi manifesto bersama BN dan PN.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perkembangan pertama, Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju Barisan Nasional BN dan Perikatan Nasional PN melancarkan Manifesto Pilihan Raya Negeri PRN
00:08Melaka bersama Sabtu ini.
00:11Perkara itu bagi menawarkan khidmat yang terbaik kepada rakyat bagi meneruskan keceberlangan perkhidmatan dan pembangunan negeri oleh Kerajaan Melaka sebelum
00:19ini.
00:20Mesyuarat itu turut bersetuju sahkan kerjasama politik dengan PAS dan PN pada PRN Melaka.
00:28Manifesto sekali, jentera pun sekali, segala-galanya bersekali. Itu yang telah pun diputuskan.
00:38InsyaAllah kita rancang pada sebelah petang selepas penambahan calon. Kalau ada perubahan kita akan maklumkan kelak.
00:46Sehubungan itu, MKT mengarahkan seluruh jentera dan penyokong parti membantu memberi sokongan padu kepada semua calon-calon PN.
00:53MKT turut menyeru pimpinan dan jentera parti sentiasa mengamalkan kempen Pilihan Raya secara berhemah dan berakhlak tanpa perlu terjebak dengan
01:01sebarang perbuatan memfitnah, mengaji ataupun memaki hamun parti lawan.
01:07PRN Melaka ke-16 dijadualkan berlangsung pada 14 November manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober.

Recommended