Skip to playerSkip to main content
  • 27 minutes ago
Jabatan Peguam Negara mempengerusikan jawatankuasa khas bagi menyiasat isu jenayah kewangan secara menyeluruh dengan kerjasama agensi penguatkuasaan berkaitan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Peguam Negara akan mengetuai jawatan kuasa khas siasatan berkaitan di isu jenayah kewangan dengan kerjasama agensi penguat kuasaan berkaitan.
00:09Siasatan akan dilaksanakan secara menyeluruh, meliputi susur galur jenayah kewangan dari peringkat awal hingga kini tanpa terbatas kepada mana-mana
00:19individu atau syarikat tertentu.
00:22Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara, mesyuarat pertama jawatan kuasa itu telah dipengerusikan oleh Peguam Negara pada 28 Oktober bagi menetapkan
00:33keanggotaan, skup serta parameter siasatan.
00:37Mesyuarat itu turut dihadiri Wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, Polis Diraja Malaysia PDRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN, Bank
00:48Negara Malaysia BNM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia SC dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.
00:55Penubuhan jawatan kuasa itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 20 Oktober lalu, dengan siasatan
01:04akan dilaksanakan secara telus dan berdasarkan fakta serta bukti yang diperoleh.
01:10Laporan hasil siasatan akan dibentangkan kepada Jumah Menteri untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya sebelum dimaklumkan kepada orang awam.

Recommended