Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
JKM merekodkan 3,581 kes penderaan fizikal, seksual dan emosi kanak-kanak dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 3,581 kes penderahan fizikal, seksual dan emosi melibatkan kanak-kanak direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM bagi tempoh
00:106 bulan pertama tahun ini.
00:12Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM memaklumkan, daripada jumlah itu 1,522 kes direkodkan pada suku tahun pertama, manakala
00:222,059 kes lagi dicatatkan pada suku tahun kedua.
00:27Kementerian itu turut melaporkan kes pengabayan dan kecuaian terhadap kanak-kanak menunjukkan peningkatan dalam tempoh yang sama.
00:34Menurut KPWKM, sebanyak 987 kes pengabayan direkodkan bagi tempoh Januari hingga Mac sebelum meningkat kepada 1,292 kes bagi tempoh
00:44April hingga Jun.
00:46Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pengabayan dan kecuaian kanak-kanak mencecah 2,279 kes dalam tempoh 6 bulan pertama tahun
00:55ini.
00:55Dalam masa sama, pihak polis diraja Malaysia PDRM membuka sebanyak 867 kertas siasatan berkaitan penderaan kanak-kanak sehingga Jun lalu.
01:05Daripada jumlah tersebut, 267 kes telah dibawa ke mahkamah untuk tindakan pendakwaan.
01:11KPWKM menegaskan, JKM terus melaksanakan pelbagai langkah perlindungan termasuk menyelamatkan mangsa, menyediakan penempatan selamat dan memberikan sokongan pemulihan.
01:20Sehingga September lalu, sebanyak 220 program kasih kanak-kanak telah dilaksanakan di 220 sekolah dengan perlibatan lebih 57,000 peserta.
01:31Secara kumulatif sejak tahun 2023, program itu telah dilaksanakan di 1,244 sekolah dan 74 pusat aktiviti kanak-kanak dengan
01:40penyertaan melebihi 270,000 orang.

Recommended