Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Seorang pekerja maut selepas tersepit dalam mesin ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah kilang kertas di Bentong.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pekerja maut selepas tersepit dalam sebuah mesin ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah kilang kertas di kawasan perindustrian
00:09Bentong Karak pada selasa malam.
00:11Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Diputi Sepretenden Azmi Mahmud berkata, mangsa Muhammad Saiful Nizam Miskam, 32 tahun, disahkan meninggal dunia
00:20oleh pegawai perubatan hospital Bentong.
00:21Pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 11.56 malam. Menurut beliau, maklumat awal yang diterima memaklumkan seorang pekerja lelaki
00:31tidak sedarkan diri selepas tersepit dalam sebuah mesin di kilang berkenaan.
00:35Sepasukan anggota daripada bahagian siasatan jenayah daerah Bentong dan Balai Polis Karak kemudian digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan
00:43siasatan.
00:44Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut.
00:49Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bentong untuk tindakan lanjut.
00:54Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

Recommended