Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Seorang wartawan Amerika Syarikat dan dua aktivis didakwa diserang oleh peneroka Israel dalam insiden di Tebing Barat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kembali kita teruskan dengan perkembangan perang Palestine-Israel, seorang wartawan Amerika Syarikat dan dua aktivis dilaporkan diserang oleh penceroboh Israel
00:08di kampung Um Al-Khair, kawasan Masafir Yata di Tebing Barat yang diduduki Zionis.
00:15Aktivis Rusia Adela Shoko mendakwa dua rakan seperjuangannya iaitu wartawan Amerika Jasper Nathaniel dan aktivis Israel Rusia Andrei X cedera
00:24dalam insiden tersebut.
00:27Menurut Shoko, kedua-dua mangsa didakwa dipukul oleh sekumpulan peneroka sebelum ditahan oleh pihak berkuasa Israel.
00:34Beliau mendakwa Andrei rebah dan pengsan beberapa kali akibat serangan tersebut namun tidak menerima rawatan hospital.
00:42Shoko turut berkata beliau dan Jasper juga menjadi mangsa serangan manakala Jasper didakwa disembur penyembul lada sebelum ditahan.
00:49Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan beberapa lelaki memukul Jasper dan Andrei, manakala satu lagi rakaman menunjukkan
00:57Jasper menjerit bahawa dirinya baru saja diserang ketika diiringi anggota keselamatan.
01:03Insiden tersebut merupakan antara siri keganasan terbaru yang dilaporkan melibatkan peneroka Israel di Tebing Barat.
01:09Awal bulan ini beberapa peneroka turut dilaporkan menyerang dan mencederakan juru foto akibat Washington Post serta beberapa diplomat Eropah termasuk
01:18Konsul General Belgium.

Recommended