00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim zahirkan rasa duka cita mendalam atas insiden pelanggaran tren di Sepanyol yang mengakibatkan kehilangan
00:08nyawa dan kecederaan kepada ramai mangsa.
00:11Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.
00:19Anwar berkata Malaysia turut menyatakan solidariti kepada rakyat Sepanyol yang sedang berdepan detik sukar susulan kejadian berkenaan.
00:26Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat dan petugas kecemasan yang bertungkul lumus menjalankan operasi bantuan di lokasi kejadian.
00:34Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, beliau menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, kerajaan Sepanyol serta keluarga
00:42mangsa yang terlibat.
00:44Anwar turut mendoakan agar mangsa yang cedera diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan masing-masing.