Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Perdana Menteri Britain, Andy Burnham menegaskan tiada pilihan raya umum dalam tempoh 12 bulan akan datang. Belanjawan baharu memberi tumpuan kepada kos sara hidup, namun beberapa projek pelaburan awam berisiko ditangguhkan bagi menampung peningkatan perbelanjaan pertahanan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan lagi sekali Perdana Menteri Britain, Andy Burnham, menolak kemungkinan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 12 bulan akan datang.
00:06Beberapa jam selepas kerajaan mengumumkan rancangan belanjawan yang disifatkan sebagai berhati-hati.
00:13Belanjawan itu dirangka untuk membantu isi rumah menghadapi tekanan kos sarih hidup tanpa menambah tekanan terhadap pasaran bond negara itu.
00:21Beberapa anggota parlimen daripada parti buruh berkata langkah itu dapat membantu kerajaan mengharungi musim sejuk ketika mana kos tenaga memberi
00:30tekanan yang paling besar kepada isi rumah.
00:32Perubahan dasar yang lebih besar termasuk langkah menangani kesan inflasi terhadap perbelanjaan awam serta meningkatkan perbelanjaan pertahanan dengan ketara dijangka
00:41diperincikan menerusi plan 10 tahun yang dijanjikan bernam dan semakkan perbelanjaan yang menyeluruh pada 2027.
00:49Bagaimanapun dalam jangka pendek, unjuran belanjawan baru menunjukkan projek pelaburan awam bernilai 2 bilion pound sterling berdepan risiko dibatalkan tahun
00:58depan untuk membiayai peningkatan perbelanjaan pertahanan.

Recommended