00:00Sebanyak 28 kerusi Dewan Undangan Negeri jadi rebutan parti politik pada pilihan raya negeri Melaka 14 November ini.
00:07Rekod PRN lalu Barisan Nasional menang 21 kerusi.
00:11Dengan kali ini gabungan itu mengekalkan jumlah kerusi yang sama untuk dipertahankan.
00:15Namun Pakatan Harapan PH tampil dengan iltizam untuk merampas bumi hangtuah ini.
00:20Apakah kerja sama ataupun strategi politik akan memberi kelebihan untuk meraih kemenangan?
00:25Rakan setugas Hasimi Muhammad kini di Melaka untuk membawakan perkembangan terkini proses demokrasi PRN.
00:32Silakan Hasimi.
00:37Baik, terima kasih rakan setugas di Bugajari langsung.
00:41Dari Melaka kita bawakan perkembangan mengenai pilihan raya negeri Melaka yang dijadualkan pada 14 November ini.
00:48Suhu atau cuaca di Melaka tengah hari ini agak mendung tetapi suhu politiknya semakin meningkat.
00:54Ini termasuk menjelang kepada hari penamaan calon yang dijadualkan pada 31 Oktober ini.
01:01Banyak parti telahpun mengenalkan calon-calon mereka dan menjelang kepada itu juga seperti mana di Johor dan Negeri Sembilan,
01:12di Melaka juga berlaku kerjasama politik termasuk dalam kalangan gabungan barisan nasional dan peringkatan nasional.
01:22Dan ini sekaligus mengukuhkan usaha BN untuk mengekalkan kemenangan di negeri ini,
01:29diperkukuhkan dengan kerjasama bersama dengan peringkatan nasional.
01:34Dan semalam juga Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah pun mengesahkan BN sebagai rakan strategik mereka menjelang kepada PRN Melaka.
01:44Dan perkara itu juga telah pun diapsahkan dalam mesyuarat kerja tertinggi UMNO yang mana ini membuka ruang untuk gerak kerja
01:55jentera dalam mengukuhkan kemping melibatkan kedua-dua gabungan iaitu BN dan PN.
02:03Dan sebentar tadi juga kita sempat mendapatkan respon daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusuf mengenai kerjasama BN
02:13dan PN.
02:14Apakah ini memberikan jaminan bahawa tiada pertembungan kerusi antara kedua-dua gabungan?
02:21Kerana di Johor kita lihat kerjasama-sama telah pun dilakukan antara BN dan PN tetapi pada hari penamaan dilihat berlaku
02:32pertembungan antara kedua-dua gabungan berkenaan.
02:35Dan kita dengarkan apa respon daripada Datuk Seri Abdul Rauf Yusuf.
02:41Ia tidak mungkin berlaku kerana telah berada dalam satu kesepakatan Siratul Rahim yang baik.
02:47Tetapi jika bertembung juga seperti diri Johor dan...
02:50Saya rasa tak mungkin bertembung kerana di Melaka ini tak sama dengan Johor dan tak sama dengan diri Sembilan.
02:58Di sini kita sudah bernikah dengan berkadi dan nanti kalau berceraipun nanti ada talak.
03:04Dan tumpuan untuk hari ini juga Perikatan Nasional dan Parti Peribumi Bersatu dijaduakan mengumumkan senarai calon mereka pada malam ini.
03:15Dan kita akan lihat kalau ikutkan BN memaklumkan bahawa tujuh kerusi telah pun diberikan kepada Perikatan Nasional dan rakan komponen
03:26mereka.
03:27Tetapi Bersatu masih lagi belum dapat kita sahkan berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh parti berkenaan.
03:37Tapi sudah tentu menarik untuk kita lihat menjelang kepada hari penamaan calon 31 Oktober ini bagaimana atur gerak yang akan
03:45dilakukan oleh parti-parti bagaimana penyusunan calon dan juga kerjasama politik ini akan membuahkan hasil untuk meraih sokongan pengundi ataupun
03:57sebaliknya.
03:58Tetapi di sebalik kita melihat kepada isu politik sudah tentu suara rakyat di lapangan juga kita akan bawakan untuk didengarkan
04:09oleh wakil rakyat yang kedibikan mandat pada 14 November ini.
04:13Semua itu kita akan bawakan dari masa ke masa kerana rakan sugas kita berada di Melaka ini untuk bawakan perkembangan
04:20terkini.
04:20Saya kira untuk jam ini saya kira setakat ini dulu kembali kepada rakan sugas di Bukit Jalan.
04:26Terima kasih.