Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kembali bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN memutuskan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan AKPS, Datuk Seri Mohd Suhaili Mohd Zain kembali
00:08bertugas dengan Polis Diraja Malaysia PDRM.
00:11Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan terhadap Mohd Suhaili yang dalam tempoh peminjaman di AKPS diputuskan
00:21pada minggu lepas.
00:24Ditanya siapa yang akan dilantik untuk menerajui AKPS, Saifuddin Nasution hanya berkata, polis.
00:33Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, kedudukan Mohd Suhaili sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan
00:40Peguam Negara sebelum keputusan dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agung selain turut dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis.
00:49KDN pula memaklumkan urusan perkhidmatan Mohd Suhaili masih dalam proses untuk dimuktamadkan, bagi memastikan ia dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan
01:00dan tata cara yang berkuat kuasa.
01:03Mohd Suhaili dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS pagi tempoh dua tahun, dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.
01:15Pada 21 Oktober, Mohd Suhaili mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota
01:25polis di lapangan terbang-antara bangsa Kuala Lumpur KLIA pada 28 September.
01:30September.

Recommended