Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi membantu pekebun kecil memperbaharui kebun sawit menerusi dua program penanaman semula di bawah Belanjawan 2027.
Transcript
00:00Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi membantu pekebun kecil memperbaharui kebun sawit menerusi dua program penanaman semula di bawah Belanjawan 2027.
00:10Ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing industri agri-komoditi negara.
00:18Ia merangkumi RM100 juta bagi skim pembiayaan tanam semula pekebun kecil sawit TS-PKS 2.0 dan RM200 juta untuk
00:28program tanam semula sawit PTSS.
00:31Kedua-dua inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada RM470 juta yang disediakan untuk lima inisiatif utama sektor agri-komoditi daripada keseluruhan
00:43peruntukan RM818.03 juta kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi.
00:50Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Nuraini Ahmad berkata kesejahteraan pekebun kecil dan peningkatan daya saing industri agri-komoditi terus
00:59menjadi keutamaan kementerian menerusi pelaksanaan inisiatif berkenaan.
01:04Menerusi TS-PKS kerajaan menyediakan struktur pembiayaan berbentuk 50% gerang dan 50% pembiayaan bagi membantu pekebun kecil melaksanakan
01:15penanaman semula sawit.
01:17Manakala peruntukan RM200 juta bagi PTSS memberi tumpuan kepada pembaharuan kebun sawit tua menerusi penanaman semula sebagai usaha meningkatkan produktiviti
01:28tanaman.
01:29Selain bantuan penanaman semula, KPK turut memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti melalui penggunaan mekanisasi dan automasi dalam sektor agri-komoditi.
01:40Pembangunan tenaga kerja berkemahiran serta penerokaan teknologi baharu turut menjadi antara fokus kementerian bagi meningkatkan kecekapan operasi dan daya saing
01:50industri.
01:51Noraini berkata KPK Komitet memastikan pelaksanaan semua inisiatif berkenaan bukan sahaja menyokong pertumbuhan sektor agri-komoditi negara, malah memberi manfaat
02:02kepada pekebun kecil melalui peningkatan produktiviti dan kesejahteraan mereka.
02:10Terima kasih kerana menonton!

Recommended