00:00Industri perladangan perlu mempercepatkan penggunaan teknologi bagi menampan impak peningkatan kos operasi, kekurangan pekerja dan persaingan pasaran global yang semakin
00:10sengit.
00:11Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata ia termasuk meningkatkan automasi dan penggunaan kecerdasan buatan AI.
00:20Katanya pengusaha ladang tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada kaedah operasi konvensional khususnya ketika berdepan cabaran ladang yang semakin berusia
00:30dan keperluan pasaran yang terus berubah.
00:33Noraini berkata penanaman semula perlu dipergiat bagi memastikan hasil tanaman kekal pada tahap baik selain mengekalkan produktiviti ladang dalam jangka
00:41masa panjang.
00:42Bagaimanapun usaha tersebut memerlukan kerjasama erat antara kerajaan dengan pemain industri memandangkan proses penanaman semula melibatkan pembiayaan besar dan masa
00:53yang panjang serta perancangan yang teliti.
00:56Noraini turut menekankan kepentingan kelestarian dalam aktiviti penanaman, susulan peningkatan tuntutan pembeli antarabangsa terhadap ketelusan sumber dan proses pengeluaran produk
01:06peladangan.
01:06Katanya, persijilan minyak sawit Mampan Malaysia MSPO menjadi asas penting untuk memperkukuh pewaian industri serta memenuhi keperluan pasaran antarabangsa.
01:17Beliau menambah kelestarian tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai peningkatan kos, sebaliknya sebagai satu alat yang membantu industri mengekalkan daya
01:26saing dan meningkatkan keyakinan pembeli sekiranya dilaksanakan dengan berkesan.
01:31Justru pemilik estet digalakkan bekerjasama dengan kementerian, agensi penyedidikan dan penyedia teknologi bagi menguji serta mengenalpasti penyelesaian yang sesuai dengan
01:42keperluan operasi sebenar.
01:43Terima kasih telah menonton!