Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Benjamin Netanyahu mendakwa terdapat campur tangan asing dalam pilihan raya Israel dan menggesa siasatan dijalankan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa wujud kebimbangan mengenai campur tangan asing dalam pilihan raya Parlimen Israel yang berlangsung minggu
00:08lalu.
00:08Dalam satu kenyataan video, Netanyahu mendakwa terdapat negara asing yang menyalurkan dana dalam jumlah besar bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya
00:17itu.
00:19Bagaimanapun beliau tidak menamakan mana-mana negara atau mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.
00:25Netanyahu berkata pengurusi jawatan kuasa pilihan raya pusat Israel Noam Solberg telah mengarahkan Shin Bet untuk menjalankan siasatan lanjut mengenai
00:35dakwaan tersebut.
00:36Beliau turut menegaskan bahawa siasatan itu perlu dilaksanakan tanpa kelewatan bagi memastikan semua fakta dapat didedahkan.
00:44Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas jawatan kuasa pilihan raya mengesahkan keputusan rasmi pilihan raya dan menyatakan tiada petunjuk bahawa
00:52integriti proses pengundian telah terjejas.
00:54Pihak Shin Bet bagaimanapun memaklumkan siasatan lanjut masih diperlukan bagi menentukan skala sebenar dakwaan pembiayaan dan pengaruh asing.
01:03Dalam pada itu Netanyahu sekali lagi menyeru pembentukan kerajaan perpaduan yang dipimpin olehnya dan membabitkan parti-parti Zionis yang bersedia
01:12untuk menyertai gabungan tersebut.
01:14Keputusan pilihan raya menyaksikan blok pimpinan Netanyahu memenangi 53 kerusi manakala blok yang menyokong Gadi Ezenkot meraih 48 kerusi.
01:23Dua parti Arab iaitu Zionis dan Ra'am pula menguasai 19 kerusi menjadikan tiada satu blok berjaya mencapai majoriti mudah
01:3261 kerusi untuk membentuk kerajaan baru.
01:35Terima kasih telah menonton!

Recommended