Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Program Youth Exchange 2026, tajaan penuh kerajaan negeri Sabah membuka peluang kepada delegasi belia ke Korea Selatan bagi mempelajari kemajuan teknologi, budaya kerja dan inovasi di peringkat antarabangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Program Youth Exchange 2026, Tajaan Penuh Kerajaan Negeri Sabah, membuka peluang kepada delegasi belia ke Korea Selatan bagi mempelajari kemajuan
00:10teknologi, budaya kerja dan inovasi di peringkat terbangsa.
00:14Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, inisiatif itu merupakan pelaburan kerajaan
00:24dalam memperkasa pembangunan modal insan selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.
00:32Kita yakin dan percaya bahawa anak muda masa kini merupakan aset masa hadapan di Sabah ini.
00:43Dengan adanya program ini, mereka dapat belajar bagaimana budaya kerja di sana dan mana-mana yang boleh memberi manfaat kepada
00:56diri mereka, kepada negeri Sabah, kepada masyarakat ini dapatlah mereka sumbangkan, dapat mereka jadikan sebagai pengalaman mereka untuk membawa yang
01:07lebih baik kepada pembangunan di Sabah ini.
01:11Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai majlis simbolik pelepasan delegasi program Youth Exchange 2026 Perintis Muda Go Global di
01:21Galeri Bangunan Cansleri UMS.
01:22Program yang berlangsung pada 8 hingga 14 November ini melibatkan 35 peserta, termasuk pegawai dan wakil daripada Inkubator Kepimpinan Belia
01:32Sabah, IKEBS, Jabatan Pendidikan Sabah, NGO Etnik Kreatif, serta pelajar Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
01:42Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended