Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Donald Trump berkata Amerika Syarikat kini sedang mengadakan rundingan dengan Iran selepas berbulan-bulan ketegangan antara kedua-dua negara.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Presiden AS Donald Trump mengesahkan bahawa Washington kini sedang berunding dengan Iran di sebalik ketegangan yang tercetus antara
00:08kedua-dua negara sejak beberapa bulan lalu.
00:11Menurutnya, AS kini berada dalam kedudukan yang kuat dan mendakwa telah mencapai kejayaan dalam konfrontasi dengan Iran.
00:18Trump turut mendakwa tiada anggota tentera AS terkorban dalam tempoh 6 hingga 7 bulan kebelakangan ini.
00:25Katanya, keadaan di Selahormus juga semakin stabil dengan laluan perairan penting itu kembali beroperasi secara aktif.
00:32Kenyataan tersebut dibuat di tengah-tengah peningkatan isyarat diplomatik antara Washington dan Teheran susulan siri konflik dan operasi ketenteraan yang
00:39berlaku sejak Februari lalu.
00:41Perkembangan itu turut hadir ketika kedua-dua negara terus menjadi tumpuan komuniti antarabangsa berhubung isu keselamatan serantau, program nuklear Iran
00:48dan kebebasan pelayaran di Selahormus.
00:51Setakat ini pihak Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan terkini yang dibuat oleh Trump itu.

Recommended