Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Jabatan Peguam Negara berpandangan persoalan berhubung status hukuman penjara Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International perlu dirujuk segera kepada Mahkamah bagi mendapatkan penentuan dan arahan yang jelas.
Transcript
00:00Jabatan Peguam Negara AGC menegaskan pihaknya tidak pernah mempertikaikan perintah pengampunan besyarat yang diperkenankan yang dipertuan agung, sebaliknya mahu memastikan
00:11pelaksanaannya selaras dengan undang-undang.
00:14Sehubungan itu, AGC berpandangan persoalan berhubung status hukuman penjara Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International perlu dirujuk segera
00:23kepada mahkamah bagi mendapatkan penentuan dan arahan yang jelas.
00:31Tegas AGC pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi yang dipertuan agung, serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda seperti
00:43yang diperuntukkan di bawah perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
00:47Menurut AGC, tanggungjawab untuk memastikan sesuatu titah pengampunan dilaksanakan dengan tepat, selaras dengan perintah mahkamah yang berkuat kuasa, merupakan sebahagian
00:58daripada usaha menjunjung institusi yang dipertuan agung dan kedaulatan undang-undang, bukannya suatu tindakan mengingkari tintah baginda.
01:07Tambah AGC, penjelasan undang-undang diperlukan susulan pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu pada 6 November 2026,
01:17selain pengeluaran perintah pelepasan Order of Discharge on Payment of Fine oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tarikh sama.
01:26Menurut AGC, persoalan utama adalah sama ada perintah pelepasan itu hanya berkaitan pembayaran denda dan membolehkan bagi hukuman penjara kes
01:36SRC diteruskan melalui tahanan di rumah atau membawa kesan bahawa hukuman berkenaan telah selesai dari segi undang-undang.
01:44Menurut AGC, perkara tersebut mempunyai kaitan langsung dengan pelaksanaan hukuman penjara dalam kes One Malaysia Development Berhad atau One MDB
01:53yang ditetapkan bermula selepas hukuman kes SRC internasional selesai dijalani.
01:59Malah AGC berpandangan sekiranya hukuman SRC masih berkuatkuasa, baki hukuman berkenaan perlu dilaksanakan selaras dengan perintah pengampunan bersyarat.
02:08Bagaimanapun jika hukuman itu telah selesai dari segi undang-undang, kesannya terhadap tarikh permulaan hukuman dalam kes One MDB perlu
02:18ditentukan oleh mahkamah.
02:20Penentuan segera itu penting bagi memelihara hak Najib sendiri.
02:24Memandangkan penerusan tahanan sekiranya hukuman SRC telah selesai, boleh menyebabkan beliau menjalani tahanan melebihi tempoh sepatutnya.

Recommended